Jan 12, 2011
bad monday
ok ni cite pasal last monday. agak panjang cite ni. awal pagi, cik hunney kejut ajak pergi breakfast sama. cik hunney saya busy sekarang, jarang² dapat jumpa. after breakfast naik office, baru jer bersemangat nk mulakan kerja, tup tup blackout! mcm biasa lepas blackout, check la rakan² kat belakang ok ke tak. yg paling penting pastila internet connection sbb nak layan facebook, twitter, movie dan sbgnya.. eh tidak tidak internet connection penting utk access system! semangat buat kerja katakan. lepas internet meluncur dgn lajunyaaa boleh la mula buat kerja. tup tup system xboleh access. godek² tak mahu gak. ok xpe, ckp dalam hati "layan drama korea dulu la, boss datang nnti baru start" spt biasa kalau layan drama mmg lajuuuuu! tup tup xboleh access another server yg menempatkan segala korean drama, movie & one piece kesayanganku! godek² tak mahu gak! apa petanda? ok teruskan kerja yang xmelibatkan server² itu. boss datang jer, apa lagi mengaduuu laa! boss pun baik hati godek² tup tup server utk system ok dah. tandanya, boleh la sambung buat kerja yer cik fiza. seterusnyaaa boss godek² another server, boss ckp "sorry fiza, hard drive corrupted! for the moment nothing can be done. i will try do something later" ok apa lagi terus ingat apa segala benda yg ada di server itu. "sir!! our one piece!!!" *fyi, me and boss layan one piece ni. actually dia yang pengaruh me utk layan* my boss pulak yg jerit! haha terus call cik hunney, inform the bad news *korean drama yg dalam server tu hasil titik peluh kami berdua mendownload* serius sakit dada, rasa mcm hilang anak dowh! cuba menenangkan diri, encik boss kasi kerja, nak kena buat system walkthrough. membusykan diri agar tidak ingat kejadian yg berlaku. setelah selesai, encik boss suruh pass kat dia utk final touch up. kononnyer dah lewat, dia suruh balik. tup tup encik boss xleh buka file tu, corrupted! WTF?! bukan sakit dah ni dah berdarah dah hati ni. tak puas hati, ckp kat encik boss tanak balik, nk buat lagi sekali. encik boss rasa kesian, turun belikan dinner. ehehe thank you boss! setelah selesai semua, mcm biasa la nak save kan kan. tapi masa nak save tu kannnnn tup tup HANG! eyyyyy bodoh laaaa kannnnnnn! lepastu boleh budget dah apa jd kan? buka balik file tu, CORRUPTED! waktu tu rasa jantung dah stop, hati bukan berdarah lagi menanah xtau mcm mana dah! encik boss terus bertambah kesian and ajak balik jer. sbbkan dh lewat, encik boss tolong hantarkan balik. rasa hati kosong, badan lemah. sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment