Sep 17, 2010

selamat hari raya

Raya Pertama - bangun pagi mandi pergi sembahyang raya. balik sembahyang, apa lagi kan makannnn! mak masak ayam masak merah, sambal kacang dan rendang daging. mkn dgn nasi impit je. then ada plak lemang wahh mantap habis! makan makan tgk tv. kemudian keluar bergambar di studio. ecehhh saje buat thn ni. tgh hari cmtu pergi beraya plak rumah cik lee makan nasi butter katanyaaa! balik rumah cik lee hujan la pulak ingat nk singgah kubur tp mak kata postpone. semalam baru pergi ziarah. balik golek² atas katil tertido terus. haha maghrib bangun makan makan dan makan tengok tv. tidur sampai pagi.

* raya tahun ni banyak cite hantu. benci! apa kaitan hantu dan raya? hantu raya ada la. double benci!

Raya Kedua - bangun awal lagi, bersiap² gerak ke teluk intan dgn mak & kakak ipar. pergi rumah kekna. engagement! sampai rumah kekna, cam biasa menggetis amik gambar bagai. turun je org² tua dh hbis bincang, terus sarung cincin. majlis yg simple tapi sangat meriah dan bermakna. congratulations lagi sekali utk kekna & herman. sayang korang. terharu dan xsangka, menjadi. alhamdulillah. balik rumah kekna singgah pulak rumah emma. pekena laksa cik zah.. fuhhh dah lama xmkn mantappp habis bertambah ok padahal br mkn. haha kemudian pulang dan beristirehat. mlm tu plak pergi umah cik nab pulak wahhh makan lg. hehe kali ni makan laksam & bihun tomyam. ok saya makan dua² skali *dlm kuantiti yg sedikit* ecehhhh sedapkan hati >.<

Raya Ketiga - pagi pergi ziarah kubur abah.. selamat hari raya abah. ni macam xde aktiviti sangat. asyik ke kedai xsudah sudah beli brg. xckup ckup. haha kelakar btol. pergi pasar la tesco la membeli belah. cik nab panggil makan lagi. adoi pergi pula utk kali kedua. kali ni cik nab masak nasi dagang.. mantap la cik nab tahun ni mcm² adaaaa! selain itu hanyalah aktiviti membuang masa saya dan kakak ipar.

Raya Keempat - Reunion raya dgn kawan² ACS. Thanks pd yg sudi dtg. Mak masak laksa johor! Favorite ku akhirnya tibaaa.. nyummm.. Yang datang: ema, lynn, mira, muhaini, norsiah, faizah, faiz, aizad, kerol & tunang, wan & ajla. semua kumpul kat rumah selesai makan² dan berborak, gerak ke rumah ema plak makan nasi impit dan kuah kacang. kemudian gerak ke rumah faizah pulak. makan kuew tiau goreng *kami rebut fishball* haha dan pengakhiran ke rumah aizad plak. kemudian tamat dan pulang dan penat. mira stay sampai ptg, sempat pergi beli broadband dan berjalan di tesco dan berborak bergosip dgn mira di sushi king. xkenyang kenyang dowhh! happy gila today dpt update cite dgn member².

Raya Kelima - Mak masak rendang ayam ,sambal kacang dan nasi impit. Amboi xsudah sudah lagi. Sakan habis beraya eh. kakak ipar bawa rendang dan nasi impit hantar ke tempat kerja bg officemate mamam. dgn kuih raya sekali. hehe xde aktiviti sangat. petang sempat pergi ipoh teman apiz dan wife. selain itu, hanya makan dan makan dan makan dan duduk dan tidur haha.

Raya Keenam - okay hari ni mmg xde buat apa². lepak rumah keluar pekan lepak rumah balik. kebosanan habis ok. xsedar dan xberapa nak ingat apa yg jadi. bolehh takkk? hehe >.<

Raya Ketujuh - pergi ke taiping kitaa!! beraya di rumah cik ton. lama gila kot x pergi last time cik ton pindah ke sana. sekali sampai sana adoi agak lost juga. hehe makan mee tomato cik ton. perghh lama dah xmakan. memang makan cik ton masak je. hehe rindu rasanya dulu². seronok sangat! xtau kenapa drive arini rs penat.

*on the way ke taiping, dpt msg dari ayu, dah selamat bersalin. congratulations to ayu & thareq. welcome to the world baby riyaz >.<

balik sakit² badan plak. adoiyai. duk golek² dpt call, nk beraya rumah kak mai plak. dh mmg malas nk pergi tapi... kesian kt mak. mcm merajuk je bila cakap xnk, xsampai hati plak. so pergi la umah kak mai. makan ayam bbq, coleslaw dan fries. sedapp! hahah balik dan golek haha.

ok cukup seminggu raya. nanti update utk minggu seterusnya. almaklumlah busy katakan.. cewahh ok guys. seee youuu when i seee youuu lahhh. ting tong!


selamat hari raya. maaf zahir batin.

2 comments:

~~::loveayna::~~ said...

pastikan on my wedding nanti adikku syg ni slim skit ok...nak jadi org penting di majlis ku ni.. :)

..::amoifyza::.. said...

itulah pasal haruss tu! xpee tu yg buat semangatt sikit tuuu.. insyaAllah hehe >.<